Memaafkan..
Nak menjadi seorang yang memotivasikan diri, sifat marah dan dendam perlu buang dalam diri.
Senang bukan?
Sebenarnya senang. Dendam? Memang segelintir pernah ada dendam dengan orang lain.
Tapi buang sifat dendam tu perlahan-lahan.
Muhasabahkan diri seharian dengan menghirup udara segar. 24 jam bukan lah tempoh masa yang sekejap, dan sekiranya kita berkomunikasi dengan orang lain dengan tempoh itu, jumlahnya mungkin tidak sedikit. Paling tidak, kita berkomunikasi dengan ahli rumah ataupun rakan sekerja mahupun rakan sekerja.
Daripada jumlah tu, mesti ada ada daripada mereka yang membuatkan kita marah tanpa disedari mereka sehingga sukar untuk kita memberikan maaf. Pernah bukan? Menyedihkan tatkala kita berupaya meledakkan balasan kemarahan untuk mereka. Lantas kesabaran itu tak mampu bertahan dalam diri. Apabila bermuhasabah pada malam tersebut, timbul rasa bersalah.
" Tak sepatutnya aku marah dia. Lagipun dia cakap tanpa berfikir".
Sebab itu Allah selitkan kalam Allah yang sesuai dijadikan doa. Antaranya yang terkandung dalam (surah al-Baqarah 2: 250 )
" Ya Tuhan kami, tuangkan kesabaran atas diri kami, dan kukuhkan pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang kafir" .
Lazimkan diri membaca doa di atas untuk menghadapi kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran. Semoga Allah memberkati kepada yang sesiapa yang mahu berusaha menambah baik tahap kesabaran dalam diri. Sebelum tidur, jangan lupa maafkan semua orang ye.
Senyum, molekkan senyuman sampai nampak gigi ^_^
Andai tersilap, tegur. Jangan menghukum. Allah tak suka.
No comments:
Post a Comment